APA YANG ADA PADA LELAKI YANG BUAT PEREMPUAN TAK SUKA? APA PULA JAWAPAN LELAKI?
Tuesday, March 29, 2011 ? 1 Atashinchi ?
Assalamualaikum :)
Konfem lah yang mana ada balak, makwe ni pernah gaduh kan? Tipu lah kalau couple tapi tak pernah nak gaduh. Asik romantik je memanjang. Asik happy je memanjang. Kartun pun ada gaduh juga dengan bini depa. Sah kan kita yang hidup ni.
Kalau tak ada gaduh, merajuk,cemburu semua ni tak happening lah hidup seharian kita. Ke macam mana?
Kadang-kadang laki ni, dia tak tahu apa awek diaorang nak. Ada juga yang layan macam lepas batuk tengah jalan. Lepas je batuk dan kahak tu tengah jalan, asal lega anak tekak dia. Tak fikir pula pengguna jalan raya lain gelimat nak lalu apa lagi nak pijak kahak dan ludah dia. Korang faham tak ? Ke aku membebel sorang?
Muqadimmah macam kutbah agama la pulak. Okay, masalah perempuan pula. Bila dah ada masalah hubungan, tak reti nak berterus terang. Pendam sakan dalam hati. Sampai berulat jantung paru-paru duduk pendam bengkak macam tu. Ofcourse lah pakwe tu ingat masalah tu selesai. Bila timbul gaduh yang lain, mula lah nak unkit yang gaduh hari tu, konon tak puas hati.
Dah tu,, sapa suruh pendam? Kan bengkak orang kata.
Sekarang aku nak mengetengah lah sebanyak sedikit apa punca korang bergaduh.
Apa yang leaki buat sampai perempuan jadi benci! Dan apa pula jawab si lelaki.
PEREMPUAN TAK SUKA
TEKAN "LIKE" KALAU ENTRI NI BEST.Konfem lah yang mana ada balak, makwe ni pernah gaduh kan? Tipu lah kalau couple tapi tak pernah nak gaduh. Asik romantik je memanjang. Asik happy je memanjang. Kartun pun ada gaduh juga dengan bini depa. Sah kan kita yang hidup ni.
Kalau tak ada gaduh, merajuk,cemburu semua ni tak happening lah hidup seharian kita. Ke macam mana?
Kadang-kadang laki ni, dia tak tahu apa awek diaorang nak. Ada juga yang layan macam lepas batuk tengah jalan. Lepas je batuk dan kahak tu tengah jalan, asal lega anak tekak dia. Tak fikir pula pengguna jalan raya lain gelimat nak lalu apa lagi nak pijak kahak dan ludah dia. Korang faham tak ? Ke aku membebel sorang?
Muqadimmah macam kutbah agama la pulak. Okay, masalah perempuan pula. Bila dah ada masalah hubungan, tak reti nak berterus terang. Pendam sakan dalam hati. Sampai berulat jantung paru-paru duduk pendam bengkak macam tu. Ofcourse lah pakwe tu ingat masalah tu selesai. Bila timbul gaduh yang lain, mula lah nak unkit yang gaduh hari tu, konon tak puas hati.
Dah tu,, sapa suruh pendam? Kan bengkak orang kata.
Sekarang aku nak mengetengah lah sebanyak sedikit apa punca korang bergaduh.
Apa yang leaki buat sampai perempuan jadi benci! Dan apa pula jawab si lelaki.
MENINGGI SUARA
- Hah! Ni memang tabiat orang lelaki suka tinggi suara! Ek eleh, tahu lah suara korang macho kan. Ghaughau sakan kan. Tapi, tak perlulah nak tinggi suara depan perempuan. Seeloknya cakap secara santun walaupon tengah marah. Macam nak penampor pula bila hati rasa marah tapi cakap lembut sambil ejek-ejek.
- Kadang-kadang perempuan ni, rasa malu bila kena tengking depan orang. Kan aku dah cakap, perempuan ni suka pendam. Dah kena tengking, diam je lah. Nak menjawab kang takut kena smackdown pulak.
- "Aku tak suka lah cakap lembut-lembut bila marah, aku rasa marah aku semakin membara!"
- Kalau tinggi suara kang cakap tak hormat perempuan, tapi kalau rendah suara kang macam tengah bercakap dengan lembu. . Eii! Tak suka!
- Kalau cakap halus kang, macam pondan pula. Baik aku diam je!
CURANG!
PEREMPUAN TAK SUKA
- Bab main kayu tiga ni memang masalah tsunami dalam bercinta. Walaupon dah berjanggut korang bersama, tapi tak reti-reti nak setia.
- Sapa yang tak marah kalau pakwe korang selama ni bukan main manis mulut janji itu dan ini, bukan setakat percakapan je manis, siap ada tahi lalat manis lagi tepi bibir. Padan lah perempuan lain pon nak pikat! Grrrr... KITA BAKOO! KITA BAKOO!!
- Tak boleh salah orang lelaki je okay! Sapa goda sapa? Bukan ke perempuan ni memang suka menggoda orang lelaki kan?
- "Perempuan tu dah tahu aku ada awek, yang dia merenyam nak aku jugak tu kenapa?"
- Eh lelaki boleh kawin empat okkaaayyyyyyyy!
- Eh dia HOT okay! Menangis Angelina tu. Kasi dekat Brad Pitt pon, konfem tinggal Angelina tuh.
- Sifat dia, ciri-ciri dia lebih extravaganza dari awek aku.
PENTING DIRI SENDIRI
PEREMPUAN TAK SUKA
- Memang masalah mental kalau dapat pakwe yang penting diri sendiri. Laki ni jenis tak nak mengalah, asik nak menang dia je. Fikir dia selalu je betul. Hah! Ambik lah kau, nak menang sangat! Dapat trophy ke kalau kasi dia menang?
- Selalu nak tegakkan pendapat dia tak fikir pon luahan awek dia. Betul ke salah luahan awek dia tu letak lah tepi dulu. Sekurang-kurangnya dengar lah dulu pihak orang lain nak bersuara. Lepastu mula lah fiir diri dia tak dihargai, dah hati awek kau tak reti nak jaga. Haa! Jaga diri kau sendiri kalau rasa baaekkkk sangat!
- Orang perempuan ni asik tahu nak jaga hati diaorang je. Hati kita sapa nak jaga?
- Perempuan ni satu hal! Bila bagi dia menang kang dia pijak kepala laki. Laki ni sebagai ketua dalam perhubungan, jadi apa-apa ikut kata laki dulu lah! Apaa derrr!!
KURANG BAGI PERHATIAN
PEREMPUAN TAK SUKA
- Laki ni kadang-kadang suka bertindak sambil lewa. Kalau bab kereta, modifide kereta, muzik cepat pula diaorang bertindak. Kalau kereta tersangkut skirt terus pergi bengkel beli skirt baru. Kalau awek punya pasal "SUKA HATI HANG LAHHHH". Alamatnya, kurang ambil perhatian.
- Perempuan bukan nak suruh korang tatap 24jam. Cukup lah setakat tahu diri awek tu dan sifat semulajadi perempuan yang sua bermanja dan dimanjakan.
- Hek eleeehhhhh! Tak bagi perhatian pon salah! Bagi perhatian kang kata mengongkong pulak. Serba tak kena lah perempuan ni!
CEMBURU BUTA
PEREMPUAN TAK SUKA
- Orang kata cemburu ni tanda sayang. Tapi kalau cemburu tak tentu hala macam kambing tak jumpa rumput, mesti timbul jugak selisih fahamnya. Lelaki ni cemburu kuat mungkin takut awek diaorang kena sambar dekat mamat lain kot.
- Tapi kena ingat, tak semua perempuan suka pakwe diaorang macam kambing tak jumpa rumput tu tau. Malas jugak nak layan kadang-kadang!
- Adoiyai! Kalau lelaki cemburu kang kata cemburu buta. Kalau buat tak kisah, kata kitaorang tak ambil perhatian awek kami. Haaiishh! Mana satu ni? Tersepit tengah-tengah ni!!
PANAS BARAN
PEREMPUAN TAK SUKA
- Mana-mana perempuan tak suka pasangannya panas baran. Silap-silap ada tangan gajah naik dekat pipi. Ada jugak kesilapan bermula dari diri sendiri tapi salahkan orang lain.
- Mana sifat tanggungjawab dan kepimpinan yang ada pada laki ni? Cuba lah kontrol sikit baran tu!
- Kalau bagi nasihat elok-elok, tak nak dengar. Bila tengking, kang cakap kitaorang panas baran.
- Hello! Bukan semua naik tangan okkaaayyy! Lelaki dayus je buat kerja gila macam tu sampai naik tangan. Kitaorang tahu lah adab,sopan semua tu.
- Kalau dah tak tahan, banyak lagi pilihan lain kan!
- Apa pilih-pilih lain? Tu tengok tu! Panas baran siap suruh pilih lain! Tampor kangg!!


Template : 


APA YANG ADA PADA LELAKI YANG BUAT PEREMPUAN TAK SUKA? APA PULA JAWAPAN LELAKI?